Saturday, October 27, 2012

Alhamdulillah  - Syukran  Jazilan...
  
                       
DIA ada di mana-mana  dan  kuasanya meluas tanpa perlu kita adili
BahasaNYA tinta qalam AlQuran yang perlu kita dalami terokai dan fahami
Iqra', hayatilah segala makna dan tafsiran merungkai segala intipati 
Meleraikan apa yang  tersurat, menzahirkan yang tersirat; agar kita lebih berhati-hati
Mentadbir alam pinjaman Dia yang semakin kita abai, cemari dan lukai ini
Sesungguhnya kesilapan kini mengundang kehancuran nanti
Tanpa dapat kita duga  dan jangka, tidak sesekali terjangkau minda
Tanpa boleh kita mengakui kitalah jaguh lebih berkuasa alam semesta
Kerana Tuhan itu kuasaNya melebihi mengatasi segala.
Biar apapun janji manis yang manusia taburi 

Biarpun hebat mana teknologi ciptaan manusiawi
Manakan sama ciptaan Dia Yang Maha Mengetahui
Manakan sama janji Dia yang sudah terpetri 
Satu tuntutan termaktub dalam prinsip negara ini
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN itu tidak boleh kita sangkal dan ingkari lagi
Bersyukurlah kita atas setiap nikmat yang kita perolehi
Biarpun hanya sekelumit yang kita rasai 
Terimalah dengan penuh keredhaan dan tidak mengkhufuri rahmat yang diberi
Agar kita terus menjadi insan manusia yang berhemah, punyai tinggi harga diri
Agar kebaikan dan rahmat ini berlipatganda balasannya yang Dia kurniai...


nuremyinda



Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi anakanda yang tahu bersyukur pada jasabudi Ibubapa & famili.
Mudah-mudahan kita menjadi warganegara yang tahu bersyukur atas segala kemudahan yang dikecapi.
Mudah-mudahan kita menjadi umat Muhammad SAW yang tahu bersyukur atas segala anugerah kurniaan Illahi.
                 

No comments:

Post a Comment