Sunday, June 9, 2013

...Lapan  Pintu   Itu...



Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah...
masuklah para nabi para anbiya
masuklah para kalian yang gugur syahid
Jemputlah masuk kalian para dermawan
Firdausi terbuka menanti kehadiran.

Ayuh sempurnakanlah solatmu

Itulah tiang itulah lambang
Itulah paksi keutuhan peganganmu.
Ayuh awasi basahilah dengan wudukmu
Pancaran sinar serinya wajahmu
Menyuluh laluan siratulmustakimmu
Menuju 'Adn yang luas ini
Jemputlah masuk tanpa ragu lagi.

Alhamdulillah nikmat rezeki yang telah  diberi

Bersyukur limpahan  yang sentiasa dianugerahi
Berzakat dengan setiap satu yang didapati
Ayuh... persilakanlah
Selusurilah pintu Naim ini.

Jika segala makruf yang kau dekati

Secebis pun mungkar tetap kau jauhi
Para muqarabbin abrar yang dikasihi
Ikhlaslah saling ingat mengingati
Jemputlah masuk pintu Ma'wa ini.

Bermacam-macam telah kau lihat dan temui

Pelbagai telah kau rasai dan nikmati
Kesabaran ketabahanmu tiada yang sangsi
Menahan nafsu syahwat insan manusiawi
Darussalam ini pasti sedia menanti.

Jauhnya kau bermusafir berlalu pergi

Rukun yang satu ini kau akur patuhi
Bersujud bertasbih beriktikaf ke dinihari
Bermohon bermunajat berdoa acapkali 
Kagum insaf kebesaran Illahi
Umrah dan Haji kau tetapkan hati
Jemputlah  ke Darul Muaqaamah ini.

Bermacam cabaran telah kau lalui

Pelbagai tohmahan telah  kau rasai
Addin teguh berdiri kau genggami
Walau pedih dan sakitnya hati
Kau bertahan demi KeEsaan ini 
Jemputlah masuk dengan tenangnya hati
Al-Muqqamul Amin buat hamba sejati.

Subhanallah...Allahuakbar...

Pejamnya matamu agar tidak tersasar
Tuntutan peganganmu erat kau kawal
Tidak melalaikan tanggungjawab yang ada
Berbaik dan adil kepada kedua-dua ibu dan bapa
Silaturahim tetap sentiasa dipelihara 
Ayuh...jemputlah...masuklah... 
Kedatanganmu pasti dinanti
Kehadiranmu pasti dirindui
Syurga Khuldi menanti penghuni
Hidangan kafur, salsabila, zanzabil yang diberi
Alirannya tiada henti di bawah ghuraf yang dihajati
Bertatahkan emas perak permata mutiara
Lu'lu dan yakut, zafran yang mewangi 
AlWasilah harumannya laksana kasturi
MasyaAllah betapa indahnya ciptaan Illahi
Untuk kita terus bertekad kejari
Hidupan Luh Mahfuz di kemudian hari...

nuremyinda

Sunday, June 2, 2013

... sebuah dedikasi ...
Perarakan Panji-Panji

Sederap Langkah Pertiwi…

Udara… segar… nyaman tak terhirup deria hidu kita
Saujana  luasnya keindahan tak terjangkau pandangan mata
Percikan api semarak membakar,  memusnah
Berdentum dentam  gempitanya suasana 
Bergelimpangan kaku terbujur layu 
Darah semerah saga mengalir tiada hentinya
Inikah kesudahannya apa yang dicita?


Siang terus berganti malam
Mahukah kita cuma berserah saja 
Sekadar menadah tangan cuma
Menggapai longlai menggamit
Mengemis bantuan simpati
Hanya berdoa tanpa berusaha

Wahai anak bangsaku
Terpahat sudah jolokan namamu
Pantang berundur Pahlawan Melayu
Bangunlah kembali dari lena panjangmu
Cukuplah sekadar di situ
Walau apapun lamunan dan igauanmu

Ayuh...Serikanlah persada ibunda ini
Dengan gerak tari pergerakanmu
Setiap satu langkah beranimu
Aku yakin dan pasti
Petualang pengkhianat ibunda tercinta ini
Akan lenyap ditelan dimamah bumi

Wahai anak bangsaku,
Sederap hentakan kakimu
Gagah melangkah membina kubu
Pertahankanlah maruah dan harga diri
Negara bangsa dan jati diri
Sesungguhnya mendapatkan keamanan ini
Tidak semudah yang diharap dan diimpi
andai kita terus alpa dan lupa
pada bumi yang kita pijak,
dan langit yang kita junjung ini

Wahai PAHLAWAN anak bangsaku
Ayuh tetap bersama  -  bersiapsiagalah
setiap keikhlasan budi dan pengorbanan
setitis aliran  darah keringatmu
ternanti ganjaran yang bakal mewangi
yang tak terjangkau di minda
tak terlintas di hati
perjuangan luhur kalian 
tanpa balasan yang dipinta 
pasti di sanjungi
pasti jua diredhai
sesungguhnya semua
adalah anugerah Illahi… 
Kalianlah Pahlawan Terbilang
Perwira Tonggak Pertiwi

 nuremyinda. 
 
This nation will remain the land of the free
only so long as it is the home of the brave...

- Ask not what our country can do for us, but what we can do for our country! - 

Saturday, June 1, 2013

Dedikasi...
 SELAMAT  HARI ULANGTAHUN  TUDM  KE 55



SEKALUNG  PENGHARGAAN
TERIMA  KASIH  PERWIRA  NEGARA. 
JASA  PENGORBANAN  KALIAN  PASTI  ADA  GANJARANNYA  DARI  ILLAHI

p/s     silalah  layari  xnuripilot.blogspot  -  pengalaman  sebenar  seorang  pegawai  TUDM.