Friday, December 30, 2011

Maafkan saya,
                         cuma sekadar tumpang bertanya...

Siapa dan apakah kita ?
Terkapai , tercari dan mencari...
Manakah Hang Tuahnya kita ?
Manakah Hang Jebatnya kita ?
Manakah perginya ukhwah lima bersaudaranya kita ?

Di manakah hilangnya nilai Melayunya kita
Di manakah  hilangnya  suara lantangnya kita
Di manakah hilangnya  jiwa pahlawannya kita
Di manakah adab sembah daulatnya Raja kita 

Sesungguhnya;
Si Tanggang tidak lagi bertapak di bumi nyata
SiTanggang bukan lagi yang mengenang budaya
SiTanggang bukan lagi nakhoda yang boleh dibangga 
SiTanggang bukan lagi harapan ibunda

Jika inilah segalanya tentang kita
Maka...
Awas !
Bukalah mata dan minda wahai bangsaku
Bukan segalanya 'Malaysiaku boleh'
Amatilah resolusi 1 transformasi
Yang 'celik' pasti akan dapat fahami 
Sesungguhnya lalai, alpa dan lekanya kita
Jangan sampai anak cucu kelak akan terus merana
Jangan sampai anak cucu kelak akan terus menangis 
Ketuanan bangsanya yang semakin terhakis


Permasaalahannya...

Sudah cukup meLAYUkah kita ?
Sudah cukup PINTAR dan PERMATAkah kita ?
Isu peniaga Melayu di 'metro city',
Isu Melayu menjuarai penagihan dadah,
Isu Melayu  memberi dan mengambil rasuah,
Isu Melayu  menjuarai pengangguran,
Isu  Melayu yang keciciran,
Isu  Melayu merempit di jalanan,
Isu  Melayu  menjuarai dunia hiburan,
dan
Isu Melayu taksub percaya ilmu hitam dan hantu syaitan.

Renungkanlah;
Kalau bukan kita, yang menyelesaikan masalah Melayu,
Siapakah pula ?
Kalau bukan sekarang kita, yang menyelesaikan masalah Melayu, 
Bilakah lagi ?
Kalau bukan di Tanah Melayu, kita menyelesaikan masalah Melayu, 
Di Manakah pula ?
Kalau poliTIKUS kita sendiri tidak boleh diharapkan lagi,
Siapakah pula hendak kita harapkan kini ?
Melayu...Islam...apa yang akan terjadi ? 


Renungi dan amatilah pertanyaanku ini yang tiada erti sempadan
sesungguhnya
kekalutan dan kekusutan ini sudah pun lama diam terpendam
yang kini terlerai  menuntut, menagih
genggamannya sebuah jawaban dan peradaban.
                                                    

nur_emyinda12 - 

Thursday, December 29, 2011

Sebuah  dedikasi  buat kerabat familiku di  Istanbul...

Ramadhan - cinta dan kekasihku...

Masjid Biru - Turki
Di antara kudrat Tuhan Yang Esa
Dia menciptakan kita yang bernama manusia
Sebagai khalifah mentadbir  muka bumi ini
Juga sebagai hamba untuk berbakti dan berbudi
Ombak laut  biru dan badai yang menderu
Angin lalu yang menghembus sayu
Dedaun melayang berterbangan berserakan
Terkadang mengkhayalkan diriku ini
Terlupa aku pada Pencipta yang Esa
Yang senantiasa memerhati diriku
Di manapun jua diri ini pergi dan berada
Di mana pun jua diri ini singgahi
Jalan manakah pilihan untuk di tujui
Jalan yang lurus atau di jalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkanlah aku jalan kebenaran
Sesungguhnya aku tahu jalan bahagia
Pasti penuh onak dan ranjau berduri
Oh Tuhan berikan aku taufiq hidayah dan kekuatan
Untuk terus bermunajat  dan bermuhasabah diri  
Demi melangkah mengejar kebahgiaan dan ketenangan yang hakiki
Dengan bekalan setinggi harapan dan doa
Dengan ilmu duniawi dan akhirat yang sekelumit cuma ini
Aku memohon restu untuk mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Selamatkanlah diriku ini dari siksaan api neraka Mu
kerana sesungguhnya aku tahu yang aku tak layak ke syurgaMu 
Malah aku juga tak sanggup ke nerakaMu itu
Ya Tuhan...tanpa keberkatan dan rahmat kasihMu 
Siapalah aku di bumi ciptaanMu...
Kini kesedihan bercampur ria
Aku harus mensyukuri lagi
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
aku masih diberi kesempatan menunaikan tanggungjawabku
Beramal bersedekah sebanyak termampu di Ramadhan kali ini
Kini ia kian berlalu pergi...menyapa Syawal yang bakal menjengah nanti 
Ya Tuhan...aku bermohon sepenuh ikhlas di hati
Mudah2an esok aku diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi...

nuremyinda12:29082011 di ambang 1 Syawal 1432H

Wednesday, December 28, 2011

Kita  yang  bernama  manusia...




sebuah mentari
selautnya cahaya
imbasannya pasti
menerangi bumi kita

sebutir bintang
nun jauh berkerlipan 
kelip kerdipannya
pasti siapa jua akan teruja

namun
kita yang bernama manusia
kekadang ada yang  terlupa
asal usul dirinya
kerana fitrahnya kejadian kita
punya minda yang seketika leka dan alpa
tergoda terpesona hebatnya kita
lantaran kaya dan berkuasa
walaupun hanya sekejap cuma
menyinggah 
di dunia yang fana...  

 nuremyinda12


...i simply love this  song and the very meaningful lyrics...