Antara 786 @ 666...
Apalah
ada pada nama dan bangsa
Itu cuma panggilan
di dunia semata
Namun
bagi yang mahu bermunajat
Mempelajari
memahami ruang agama
Mereka
ini bukan seperti yang disangka
Tertulis
ratusan ribuan hadith tertera
Nama
hebat para sahabat
Nama
tersohor para anbiya
Berani Abu
Sa’id, muda menawarkan diri berperang
Sabar tabah
Ummu Salamah, terpisah dari anaknya
Cerdik
dan jujurnya Aisyah bin Malik, difitnah ditanya
Perahsia Huzaifah,
memegang amanat Pemimpinnya
Syukran atas apa yang diriwayatkan mereka…
Sungai Furat yang gah mengalir ke Laut Parsi
Tenggelamnya
desa indah Khrastan di Sham
Ramadhan
hadir bersama dua gerhana bulan di awalanya
Sang
mentari jua gerhana mengintai bumi
Langit menampakkan tanduk umpama barisan gigi.
Langit menampakkan tanduk umpama barisan gigi.
Bintang berekor cerah terangnya di ufuk timur
Timur
itulah jua menjulangnya api tiga ke
tujuh malam
Merah nyalanya
berhamburan di tepian garisan langit
Namun ia
tetap kelam lantas memberikan seruan
Bahasa langit
bahasa tersendiri menyampaikan khabaran
Buat umat
Muhammad yang leka duniawi lalai asyik
dan kealpaan
Seruannya
gempita daripada Timur ke Barat
Maka yang
tidur menjadi jaga
yang
berdiri menjadi duduk
yang
terduduk menjadi berdiri
alangkah terkejut
teramat khabaran yang diberi
Muncullah
jemaah berkuda di bulan Syawal
Zulhijjah
berdarah di Jamratul Aqabah
Zahirnya gempa
yang memusnahkan bumi
Lantas,
hadirlah dua seruan dari langit yang pasti didengari
Antara “ yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu
sebenarnya keluarga Muhammad”
Atau “ yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya
dari keluarga Isa”
Begitulah
diriwayatkan kisah yang bakal terjadi
Untuk
kita hamba khalifah Allah renungi dan amati
Mana satu hadith sahih, mana satu syaitan menyesatkan.
Mana satu hadith sahih, mana satu syaitan menyesatkan.
Sesungguhnya ayuhlah kita terus panjatkan doa
Ya Allah Yang Maha Menguasai segala
Berilah
hidayah petunjuk kebenaran
Jangan
sampai kita menjadi penentang
Jangan sampai
kita bersikap tawakuf
Hinggakan
menyanggah kebenaran dari Nya
Langsung kita
menjadi terhina di dunia
Lantas pasti
tersiksa di akhirat kesudahannya…
nuremyinda

No comments:
Post a Comment