...ini dan di sinilah kita...
Pertanyaan demi pertanyaan
Tiada jawaban
yang ditemui
Tidak jua
pernah kecewa menanti
Memungkinkan
akan setiap jawapan
Kehadirannya yang belum pasti
Permintaan demi permintaan
Permintaan demi permintaan
Tiada
sesuatupun yang jelas dipenuhi
Namun tetap terasa bahagia di hati
Lantas berterusan
ikhlas memberi
Walaupun kekadang tidak jua dihargai
Walaupun kekadang tidak jua dihargai
Jika suatu
masa dan ketikanya nanti
Segala pertanyaan dan permintaan
Terungkai
terlaksana sepertimana diduga
Anggaplah
antara aku kau dan mereka
Tidak pernah
sesekali pun bersua berjumpa
Apatah
lagi mengenali rupa muka dan suara
Kerana itulah
hakikatnya dunia realiti
Tidak semestinya tepat memberikan erti
Walau seikhlas setulus mana kata diberi
Walau seikhlas setulus mana kata diberi
jika maya ini melekakan kita dalam fantasi ...
nuremyinda

