& kalian budiman yang melewati ruang ini;
... AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN ...
SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN AL-MUBARAK 09.1434H. MUDAH2AN DIBERKATI ILLAHI.
Rasulullah S.A.W bersabda yang
ertinya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua
syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka
walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu
pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan!
Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang
ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan
menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali
ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda.”Allah berfirman:
“Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya,
mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa
akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk". - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil
‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak
boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka. Diseru: “Mana
orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya
seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu
itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


No comments:
Post a Comment