...Lapan Pintu Itu...
Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah...
masuklah para nabi para anbiya
masuklah para kalian yang gugur syahid
Jemputlah masuk kalian para dermawan
Firdausi terbuka menanti kehadiran.
Ayuh sempurnakanlah solatmu
Itulah tiang itulah lambang
Itulah paksi keutuhan peganganmu.
Ayuh awasi basahilah dengan wudukmu
Pancaran sinar serinya wajahmu
Menyuluh laluan siratulmustakimmu
Menuju 'Adn yang luas ini
Jemputlah masuk tanpa ragu lagi.
Alhamdulillah nikmat rezeki yang telah diberi
Bersyukur limpahan yang sentiasa dianugerahi
Berzakat dengan setiap satu yang didapati
Ayuh... persilakanlah
Selusurilah pintu Naim ini.
Jika segala makruf yang kau dekati
Secebis pun mungkar tetap kau jauhi
Para muqarabbin abrar yang dikasihi
Ikhlaslah saling ingat mengingati
Jemputlah masuk pintu Ma'wa ini.
Bermacam-macam telah kau lihat dan temui
Pelbagai telah kau rasai dan nikmati
Kesabaran ketabahanmu tiada yang sangsi
Menahan nafsu syahwat insan manusiawi
Darussalam ini pasti sedia menanti.
Jauhnya kau bermusafir berlalu pergi
Rukun yang satu ini kau akur patuhi
Bersujud bertasbih beriktikaf ke dinihari
Bermohon bermunajat berdoa acapkali
Kagum insaf kebesaran Illahi
Umrah dan Haji kau tetapkan hati
Jemputlah ke Darul Muaqaamah ini.
Bermacam cabaran telah kau lalui
Pelbagai tohmahan telah kau rasai
Addin teguh berdiri kau genggami
Walau pedih dan sakitnya hati
Kau bertahan demi KeEsaan ini
Jemputlah masuk dengan tenangnya hati
Al-Muqqamul Amin buat hamba sejati.
Subhanallah...Allahuakbar...
Pejamnya matamu agar tidak tersasar
Tuntutan peganganmu erat kau kawal
Tidak melalaikan tanggungjawab yang ada
Berbaik dan adil kepada kedua-dua ibu dan bapa
Silaturahim tetap sentiasa dipelihara
Ayuh...jemputlah...masuklah...
Kedatanganmu pasti dinanti
Kehadiranmu pasti dirindui
Syurga Khuldi menanti penghuni
Hidangan kafur, salsabila, zanzabil yang diberi
Alirannya tiada henti di bawah ghuraf yang dihajati
Bertatahkan emas perak permata mutiara
Lu'lu dan yakut, zafran yang mewangi
AlWasilah harumannya laksana kasturi
MasyaAllah betapa indahnya ciptaan Illahi
Untuk kita terus bertekad kejari
Hidupan Luh Mahfuz di kemudian hari...
nuremyinda
.jpg)
No comments:
Post a Comment