Tuesday, May 1, 2012


Rentak  Pentas

Dikatakan dunia sebuah pentas
Jika pentas -  siapakah  pelakunnya?
Jika pelakun -  siapakah penulis skripnya?
Dikatakan manusia itu pelakunnya
Skrip itu bahasa dirinya
Pelbagai watak pelbagai ayatnya
Pelbagai bahasa pelbagai ekspresinya
Pelbagai emosi pelbagai citarasanya
Di akhir kesudahan pementasan ini
Kita semua sesama  menilainya
Kita semua  sesama renunginya
Apakah tenangnya hati
Apakah gundahnya naluri
Sesungguhnya  di sebalik tirai pementasan itu
Hanya si empunya diri yang dapat mengetahui
Putih hitamkah kehidupan ini
Tidak  mungkin dapat kita memilih 
Tidak mungkin dapat kita hindari
Lantaran segalanya tertulis sejak azali
Walaupun kita berusaha  tidak hanya berserah diri
Sesungguhnya itulah rencana ketentuan Illahi
Sesamalah kita terima, sesama kita meredhai
Yang pasti
Kita manusia punya nilai dan harga diri
Yang perlu saling hormat-menghormati
Itulah cerminan pekerti kita 
Rentak tari seorang manusiawi...

nuremyinda12

4 comments:

  1. Bila difikir2 sedalam2 nya memang kita seorang pelakon di dunia ini. Mana mungkin kita hidup selamanya didunia ini ibarat puppet yang digerakkan oleh penciptanya. Begitu juga manusia yang Allah jadikan didunia ini untuk mengikut segala kehendaknya.Maka sedarlah kita semua, bahawa dunia ini adalah pinjaman semata2 dan akan hancur lebur apabila sampai waktunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Canang,

      Terima kasih atas komen bernas yang diberi. Betul sangat; can't agree more to what u had said. Dunia ini pinjaman, bukan milik kita. Kita ini hambaNya yang hanya menumpang lalu. Sampai masa dan ketika kita pasti jua dijemput pergi...

      Semoga kita sentiasa dirahmati dan saling ingat-mengingati; itulah tuntutan agama yang kita perlu patuhi...

      Delete
  2. Ada masa kita akan terlupa pada yang esa dan ada masa kita teringat pada yang esa...itulah kelemahan kita Nur_Emyinda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Canang,

      Ada betulnya pendapat Canang tu. Namun, mudah2an kita tidak terus lemah sedemikian kerana Allah tidak sesekali pernah melupakan kita selagi kita terus berishtifar berdoa dan tidak melupakannya...Smoga kelemahan diri yang kita ada ini masih mendapat keampunan dan rahmat kasihNya....insyAllah ;-)

      Delete