... melewati peti itu ...
Melewati peti itu di ketika lewat dinihari
Membuatkan benak ini tertanya-tertanya
Hati ini berdetik tersentuh terasa
Hati ini berdetik tersentuh terasa
Persoalan tidak terjawab lima tahun berlalu
Kini setelah melewati setiap peti-peti itu
Terlerai sudah resah kesah kelmarin,
Jelmaan mimpi ternyata menjadi realiti
Hari ke hari menghitung detik dan jejari
Apakah pasti apa yang dihajati akan dimiliki
Jelmaan mimpi ternyata menjadi realiti
Hari ke hari menghitung detik dan jejari
Apakah pasti apa yang dihajati akan dimiliki
Kini nyata jelas ada yang ketawa riang sukanya hati
Mendabik dada seolah sangkuriang berbangga diri
Kemenangan persis bidaan antara hidup dan mati
Mendabik dada seolah sangkuriang berbangga diri
Kemenangan persis bidaan antara hidup dan mati
Hebat bersuara berjanji itu dan ini
Cuma satu peringatan yang harus dihayati
jangan sesekali mengurang peluh dan bakti
jangan cuma wangringgit berserakan ditaburi
kerana semua itu memusnahkan umbi
jangan cuma wangringgit berserakan ditaburi
kerana semua itu memusnahkan umbi
Janji tetap janji yang sentiasa berlalu pergi.
Yang berusaha Yang berbahagia hormat diberi
Yang berusaha Yang berbahagia hormat diberi
tugasan amanah lima tahun dikelek pergi
justeru laksanakanlah semaian jasa dan budi
justeru laksanakanlah semaian jasa dan budi
menyemai benih-benih bakti untuk pertiwi
bajailah ia dengan penuh keikhlasan diri
atas namanya sebuah pimpinan legasi
berlandaskan amanah berpaksikan demokrasi. bajailah ia dengan penuh keikhlasan diri
atas namanya sebuah pimpinan legasi

No comments:
Post a Comment