Sunday, December 16, 2012

...ini   dan  di  sinilah  kita...


Pertanyaan demi pertanyaan
Tiada jawaban yang ditemui
Tidak jua pernah  kecewa menanti
Memungkinkan akan  setiap jawapan
Kehadirannya yang belum pasti
Permintaan demi permintaan
Tiada sesuatupun yang jelas dipenuhi
Namun  tetap terasa bahagia di hati
Lantas berterusan ikhlas memberi
Walaupun kekadang tidak jua dihargai


Jika suatu masa dan ketikanya nanti
Segala pertanyaan dan permintaan
Terungkai terlaksana sepertimana diduga
Anggaplah antara aku kau dan mereka
Tidak pernah sesekali pun bersua berjumpa
Apatah lagi mengenali rupa muka dan suara
Kerana itulah hakikatnya dunia realiti
Tidak semestinya tepat memberikan erti
Walau seikhlas setulus mana kata diberi
jika maya ini melekakan kita dalam fantasi ... 


nuremyinda


No comments:

Post a Comment