Bicara
aku bicara puisi
Bermetafora
perlambangan ilusi
Sekiranya
bicara aku tidak difahami
Itu
bukan masalah aku untuk kau adili
Lantas
tidak sewajarnya aku kau kecami.
Kau
mungkin punya pandangan sendiri
Aku
akur , aku hormati
Malah
mungkin… tidakpun sesekali aku peduli
Kerana
antara kau dan aku
Kita
hanyalah manusia kerdil
Tidak
selalu sempurna dalam apa jua perkara
Tidak
selalu hebat dan gah berkuasa
Namun
kau dan aku
punya hati dan naluri
punya
suara dan rasa
punya
keinginan nan berbeza
Justeru
sesekali kan tiba tikanya
Aku
akan berbicara sepi
Agar
kau tidak lagi dapat mengerti
Untuk
kau terus terusan mencaci
Tutur
nistamu yang memakan diri
Kerana sepinya
aku bukan bererti kalah
Diamnya
aku bukan bererti kau terus gah
Kerana
ku pasti lambat laun
Terungkai
jua antara bicaranya sekeping hati
Kau
yang menghilang pergi
Dia
yang terus bermimpi
Aku
yang masih sabar setia di sini…
nuremyinda

Saya cadangkan setiap sajak ni cik nuremyinda bukukan sebagai rujukan suatu masa nanti
ReplyDeleteSalam saudara Canang,
DeleteTerima kasih atas cadangan saudara Canang tu. Satu2nya ide yang memberi inspirasi bagi saya untuk terus berkarya lagi (walaupun puisi saya ni tak setanding mereka2 yang hebat di luar sana. Sekadar suka2 bermonolog...) Walau bagaimanapun, InsyaAllah...TERIMA KASIH sekali lagi saudara Canang.
p/s...masih sabar setia menanti puisi Congo (atau puisi Kem Tentera) saudara Canang ;-D